Wednesday 4 March 2015

Derma Pakaian Terpakai

  Wassap = 012 - 9105145  
  (Hamzah) @ Bukit Baru, Melaka.  










Assalamualaikum,


Tujuan aku create blog ni sbb sedih sgt tengok pakaian yang dibuang dalam tong sampah besar tepi rumah flat aku duduk ni.

Mula2 biasa jer tengok 'pencari2 khazanah' dalam tong sampah besar tu.


Tapi suatu hari tu perasan yang ada bbrp orang mcm berebut2 sesuatu.

Rupanya ada orang buang pakaian. Akupun join dekat2 sket.


Pakaian yang dibuang tu banyak betul. Agaknye tuan pakaian tu baru clearkan almari dia.Tapi kesian kat diorang hampa sbb pakaian tu dah bercampur ngan sisa2 makanan.

Almaklumlah bila dah kena sisa makanan tu tau jer la maybe ada makanan yang 'haram'  yang dibuang kt situ.
Aku tengok ada pakaian tu masih elok, sgt elok, buruk.


Lepas kejadian tu aku akan amek bungkusan pakaian buangan tu sblum terkena sisa makanan bawak balik. Aku asingkan. Banyak yang baik.


Yang kotor aku masuk washing machine. Yang tak baik aku buang balik masuk tong sampah.


So, apa jadi sudah bertimbun pakaian terpakai kt umah aku.

Kalau aku nak pakai sendiri memang tak larat la.
Lagipun bukan semua saiz aku.


Nak selesaikan masalah ni aku tanya kawan2 kalau nk baju buat kerja.

Wahhhh...!!! Bukan main baik sambutan. Clear baju2 tshirt, seluar, baju kurung, kasut dll dorang amek.(nasib baik dorang tak amek kasut2 aku skali...hehe...)


Seronok betul dapat berbakti pada rakan2. Rupanya  masih ramai yang perlukan pakaian, kasut, kasut sekolah, yelah kalau hari2 pakai baju yang sama smpai belobang2 tu ape cer...?

Cuma mereka ni tak mcm anak yatim orang hantar baju terpakai, hari raya orang bawak gi shopping kan..?
Dorang ni tak meminta2 tapi kita tahu mereka memerlukan sumbangan tsbt.


Aku bukan apa seronok dapat tengok dorang pakai baju (baru). Nak malu ape baju tu memang masih cantik dan elok.

Terima kasih banyak2 kepada tuan2 yang buang baju ke dalam tong sampah tu...moga Allah bagi pahala...ikhlas ni tau...yelah kerana tuan2 buang pakaian2 tu dapat jugak aku tumpang cari pahala jugak..hehe..puncanye dari awak2 yang buang baju tulah.


Baru2 ni aku kirimkan jugak baju2 tu kat kawan2 yang pegi mancing kat kawasan kampung pedalaman bila dorang gi mancing tu. Nama kampung takyah sebut la yer..

Kesian dorang perlukan selimut. Aku kirim selimut. baju and seluar. Pakaian kanak2 sgt diperlukan.
Inilah sumbangan kecil aku yang bukan mana2 ngo atau persatuan.
Now, aku jual jugak baju2 yang masih baik untuk menampung kos aku dan masa aku.


Tak salah kan? Sebab pakaian2 tu pun aku kutip sendiri aper..?

Mula2 tu malu siot!
Tapi dah lama2 aku biarkan jer aper2 yang bermain kat dalam kepala dorang yang tengok aku robek2 dlm tong sampah besar tu...
Aku pon perasan orang tutup2 hidung masa lalu kt tong sampah tu. Aku paham.
Apa boleh buat aku sayang pakaian yang masih baik tu dibuang. Aku cuma guna sedikit effort untuk sampaikan kt orang yang memerlukan. Tu ajer...



Lagipon ia percuma.

Nak dijadikan cerite skrg dah ketagih nk robek2 tong sampah tu pulak..sama mcm 'pencari2 khazanah' dari tong sampah besar tu..macam2 adaaa...
Tujuan nak cari baju terpakai yang dibuang.
So aku harap korang yang nak klearkan almari tu kol la aku. Kat Melaka ni korang boleh hubungi aku kt 012-9105145. Tolong wassap aku terutama kalu korang tinggal kt area Bukit Baru yer..


Janganlah buang dalam tong sampah pakaian2 tu.

Bagi di luar Melaka kalau nak derma gak hubungi aku, aku bagi alamat boleh kirim. Shah Alam aku selalu pergi..boleh tolong collect kt umah.


So, setakat ni dulu.


Wassalam.








Pakaian yang telah diterima dari para Dermawan

Sebahagian pakaian yang telah dibersih dan diagihkan kepada orang ramai.




Pakaian Muslimah


......................................................................................................
Assalamualaikum,

Ucapan Salam Aidiladha dan Selamat bercuti kpd adik2 dan ibubapa sekelian.

Kpd para penderma sekelian, kalau ada pakaian anak2 yg tidak mahu dipakai lagi tolong jgn buang. Berikan saja kpd kami, nanti kami akan dermakan kpd mereka yg lebih memerlukan.

Jgn lupa,..... kami masih menerima kalau ada lg pakaian yg tersimpan dalam Gobok tu. Hubungi kami jgn malu dan ragu2........
Wassap      012-9105145   - HAMZAH

Wassalam